PERUTUSAN DARIPADA SETIAUSAHA TETAP KEWANGAN NEGERI SABAH

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Selamat Mengunjungi Laman Web Rasmi Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKN).

Saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana kita dapat bertemu dalam Laman Web ini dan amat berharap kita boleh bersama-sama menghadapi cabaran-cabaran di masa akan datang.

Seiring dengan perkembangan ICT semasa, spektasi pengguna/pelanggan terhadap kualiti maklumat melalui internet/intranet semakin meningkat. Oleh yang demikian dengan ada Laman Web ini, saya berharap pengguna boleh mendapatkan info yang diperlukan dan menepati citarasa. Selaras dengan ini penambaikan dilakukan ke atas Laman ini dapat memberikan informasi yang terkini &'user friendly' kepada pengguna. Disamping dapat membantu dalam memotivasikan warga KKN untuk berkhidmat dengan lebih komited dan bertanggngjawab.

Kepada semua warga KKN, marilah kita sama-sama bertekad meningkatkan prestasi diri & organisasi agar mencapai visi & misi Kementerian.

Akhir kata, terima kasih kepada anda kerana mengunjungi laman web ini. Sebarang cadangan atau komen untuk tujuan memantapkan & meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengurusan sistem maklumat amatlah dialu-alukan.

Selamat Melayari! 

Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
JIMAT DAN PRODUKTIF

 

DATUK PG. HASSANEL BIN DATUK HJ. MOHD. TAHIR
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Negeri Sabah

 
   
Pelawat Awam Pelawat Kerajaan Pelawat Warga MOF this only an RSS link to facebook mof youtube link