BAHAGIAN PEROLEHAN DAN HARTA AWAM

Bahagian Perolehan dan Harta Awam merupakan salah satu dari bahagian utama Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan dibahagikan kepada 4 unit iaitu:-

  1. Unit PUKONSA
  2. Unit Perolehan
  3. Unit Harta Awam
  4. Unit Kenderaan

Bahagian ini dianggotai oleh 36 orang anggota yang diketuai oleh Setiausaha Rendah dan dibantu oleh Ketua Penolong Setiausaha. Manakala setiap unit diketuai oleh Penolong Setiausaha. Setiap unit menjalankan fungsi dan tanggungjawab Bahagian Perolehan dan Harta Awam selaras dengan dasar-dasar dan panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

VISI
Menjadi bahagian yang cekap, berkesan dan kemaskini dalam pengurusan perolehan dan harta awam dengan memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat menjelang tahun 2010.

MISI
Memodenisasikan pengurusan melalui penggunaan sistem teknologi maklumat untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam;

Mengawasi dan menguatkuasakan pengurusan perolehan dan harta awam selaras dengan dasar dan peraturan semasa;

Menilai pencapaian pengurusan perolehan dan harta awam;

Membangun pengkalan data, menganalisis data dan menyebar data ke arah membantu memperbaiki prestasi pengurusan perolehan dan harta awam;

Mengemaskini garispanduan berkaitan pengurusan perolehan dan harta awam berpandukan dasar-dasar berkaitan dari masa ke semasa; dan

Menyediakan "input" bagi membantu merangka dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan dan harta awam.

Memastikan sistem perolehan dan harta awam diurus dan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan secara menyeluruh dan berkekalan berpandukan dasar-dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

Bahagian ini juga menetapkan objektif jangka pendek mengikut unit seperti berikut:

  1. Unit PUKONSA
    • Surat Tawaran pendaftaran akan dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Induk PUKONSA.
    • Keputusan bagi permohonan yang tidak berjaya akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk PUKONSA.
    • Sijil pendaftaran akan dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari Abekerja dari tarikh diterima pembayaran daripada pelanggan.
  2. Unit Perolehan
    • Keputusan petender yang berjaya akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Keputusan permohonan pengecualian daripada sebutharga atau tatacara tender akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas keputusan diterima dari Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
  3. Unit Harta Awam
    • Keputusan pelupusan melalui Lembaga Pemeriksa dan hapuskira kerana kehilangan harta awam akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Memastikan laporan yang disediakan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas laporan berkenaan diterima dan disemak oleh Setiausaha Rendah Bahagian Perolehan dan Harta Awam.
  4. Unit Kenderaan
    • Keputusan pembelian kenderaan tambahan / gantian dari Kementerian dan Jabatan akan disampaikan tiga (3) hari selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Keputusan pembelian kenderaan yang disahkan berlebihan daripada kakitangan Kerajaan Negeri, individu dan syarikat swasta akan disampaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.


Fungsi Perolehan Dan Harta Awam:

  1. Unit PUKONSA
    • Urusetia pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan.
    • Mengurus permohonan pendaftaran syarikat untuk didaftarkan sebagai Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan.
    • Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Kontraktor Kerja, Bekalan dan perkhidmatan kepada syarikat yang berjaya.
    • Menguatkuasakan dasar dan peraturan am pendaftaran kontraktor melalui:
      1. Pengeluaran Surat Pekeliling.
      2. Keahlian dalam Lembaga Tawaran Kementerian/Jabatan Ketua Menteri/Badan Berkanun Negeri.
      3. Taklimat.
      4. Khidmat nasihat.
    • Sebagai Pusat Rujukan perihal Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan untuk rujukan, rekod dan sebaran.
    • Mengeluarkan arahan melalui Surat Pekeliling mengenai dasar dan peraturan am pendaftaran kontraktor dari semasa ke semasa.
  2. Unit Perolehan
    • Urusetia bagi perolehan melebihi RM500,000 yang diurus melalui Lembaga Tawaran Negeri.
    • Mengurus permohonan pengecualian tender/sebutharga.
    • Mengurus perolehan barang-barang gunasama melalui 'Kontrak Pusat' untuk kegunaan semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun Negeri.
    • Menguatkuasa dasar dan peraturan am perolehan kerajaan melalui:
      1. Pengeluaran Surat Pekeliling.
      2. Keahlian Lembaga Tawaran Kementerian/Jabatan Ketua Menteri/Badan Berkanun Negeri.
      3. Taklimat.
      4. Khidmat nasihat.
    • Mengumpul, menganalisa dan merumus data dengan tujuan:
      1. Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar perolehan Kerajaan
      2. Mengesan perbelanjaan Kerajaan Negeri dan pecahan perbelanjaan mengikut Kementerian.
      3. Mengemaskini garis panduan berkaitan perolehan Kerajaan dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan atau kelemahan yang dikenalpasti
      4. Rujukan, rekod dan sebarang.
      5. Mengeluarkan arahan melalui surat-surat pekeliling mengenai perolehan Kerajaan dari masa ke semasa.
  3. Unit Pengurusan Harta Awam dan Penguatkuasaan
    • Mengurus permohonan pelantikan Lembaga Pemeriksa bagi kawasan Kota Kinabalu.
    • Mengurus permohonan seperti berikut:
      1. Pelupusan harta awam melalui Lembaga Pemeriksa.
      2. Hapuskira kehilangan harta awam.
    • Menguatkuasa dasar dan peraturan am pengurusan harta awam melalui:
      1. Pengeluaran Surat Pekeliling.
      2. Verifikasi stok terhadap semua stor Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negeri.
      3. Taklimat.
      4. Khidmat nasihat.
    • Mengumpul data, menganalisis data dan merumus data dengan tujuan:
      1. Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar pengurusan harta awam.
      2. Mengesan anggaran pungutan hasil penjualan dan anggaran nilai harta awam yang dilupuskan.
      3. Mengemaskini garis panduan berkaitan pengurusan harta awam dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan/kelemahan yang dikenalpasti.
      4. Rujukan, rekod dan sebaran.
    • Mengeluarkan arahan melalui Surat-Surat Pekeliling bagi pengawalan, penyeliaan dan penyelarasan yang sepatutnya mengenai penyimpanan, pembahagian, penggunaan, pemindahan dan pelupusan dari semasa ke semasa.
  4. Unit Kenderaan
    • Urusetia penetapan bilangan 'Optimal Fleet' Kenderaan untuk Kementerian dan Jabatan Negeri
    • Mengurus permohonan tambahan / gantian kenderaan diperlukan oleh Kementerian dan Jabatan Nageri
    • Mengurus permohonan pembelian kenderaan yang disahkan berlebihan oleh Kementerian dan Jabatan Negeri.
    • Menyimpan dan mengemaskini data-data yang berkaitan dengan kenderaan Kerajaan Negeri
    • Mengumpul data, menganalisis data dan merumus data dengan tujuan:
      1. Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar pengurusan Kenderaan.
      2. Mengesan anggaran pungutan hasil penjualan dan anggaran nilai kenderaan yang dilupuskan.
      3. Mengemaskini garis panduan berkaitan pengurusan kenderaan dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan/kelemahan yang dikenalpasti.
      4. Rujukan, rekod dan sebaran.
 
   
Pelawat Awam Pelawat Kerajaan Pelawat Warga MOF this only an RSS link to facebook mof youtube link