BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN AKAUN

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun terdiri daripada empat(4) Unit Utama;
a. Unit Pentadbiran Am
b. Unit Akaun
c. Unit Pembangunan Sumber Manusia
d. Unit Senggaraan

UNIT PENTADBIRAN AM
Unit Pentadbiran Am adalah diletakkan di bawah pengawasan Setiausaha Rendah dan dibantu oleh Ketua Penolong Setiausaha, Penolong Pegawai Tadbir (Perjawatan) dan Pembantu Tadbir (Kanan) serta empat(4) orang Kerani Fail dan dua(2) orang Kerani Penghantaran Surat.

Dalam bidang perjawatan Unit ini bertanggungjawab kepada

  1. Kenaikan Pangkat
  2. Pengisian jawatan kosong
  3. Memangku
  4. Menanggung Kerja
  5. Pemberian taraf berpencen dan kumpulan simpanan pekerja
  6. Penyesuaian rekod SM2 dan Buku Perkhidmatan
  7. Carta Organisasi
  8. Senarai dan maklumat kakitangan
  9. Urusetia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
  10. Urusetia Jawatankuasa Tatatertib
Unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan rekod (fail terbuka (sulit), perolehan - alat-alat tulis dan penghantaran surat.

UNIT AKAUN
Unit Akaun adalah salah satu unit utama di bawah Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun yang diwujudkan sejak Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun ditubuhkan. Unit ini bertanggungjawab keatas semua hal berkaitan dengan pembayaran gaji anggota Kementerian kewangan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Disamping itu, Unit ini juga bertanggungjawab keatas pecahan-pecahan vot yang dipusatkan di bawah Kementerian Kewangan dan juga perbelanjaan di bawah Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Unit Akaun diketuai oleh seorang Pegawai Kewangan Gred W41 dan terbahagi kepada dua(2) sub-unit, iaitu Sub-Unit Pembayaran Gaji dan Sub-Unit Akaun Amanah & Pembayaran Am. Sub-Unit ini masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Akauntan Gred W27 dengan dibantu oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 dan enam(6) orang Pembantu Tadbir(Kewangan) Gred W17.

UNIT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Unit Pembangunan Sumber Manusia adalah salah satu unit daripada empat(4) unit utama di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun (BPPA) Unit ini diwujudkan pada 01 Julai 1998 berikutan Penyusunan Semula Organisasi Kementerian Kewangan. Pada asalnya unit ini dikenali sebagai Unit Latihan & Pengurusan Kualiti. Berikutan penyusunan semula (reengineering) struktur organisasi Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun, Unit ini diperluaskan lagi fungsinya dengan memasukkan dua(2) Unit Pembangunan Sumber Maklumat dan Unit Latihan & Pengurusan Kualiti di bawah kawalan dan ditukar gelarannya kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia bermula pada 01 Oktober 2007.

Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha Kanan Gred N44 dan terbahagi kepada tiga(3) sub-unit iaitu Unit Latihan, Unit Pengurusan dan Unit Pembangunan Sumber Manusia. Unit-unit ini masing-masing diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N32, Penolong Pegawai Tadbir N27 dan Penolong Pustakawan S27 serta dibantu oleh sembilan(9) orang kakitangan bawahan.

UNIT SENGGARAN
Unit Senggaran diketuai oleh seorang Pegawai Gred N41, seorang Pembantu Tadbir (Penguasa Pejabat) Gred N22 dan 14 orang Pekerja Rendah Awam.

Tugas utama unit ini ialah:-
  1. Menyelia dan mengawasi supaya semua alat-alat Pejabat / Bangunan berfungsi dengan baik seperti;
    * SmartCard
    * Penghawa dingin
    * Pemadam Api
    * Bekalan Letrik
    * Bekalan Air
    * Mesin photo copy
    * Telefon & PABX
    * Lampu dan lain-lain
  2. Memastikan harta modul / inventori direkodkan dalam KEW 312, 313 dan 314 serta simpan;
  3. Memastikan Pintu Utama Pejabat di kunci jam 5:30 petang dan dibuka jam 6:00 pagi pada waktu bekerja;
  4. Membersihkan pejabat, tandas dan kawasan persekitaran Bangunan Wisma Kewangan;
  5. Membuat laporan apa-apa kerosakan yang perlu dibaikit. Sekiranya boleh dibaiki sendiri dan yang lainnya kemukakan cadangan pembaikan kepada SUR/PPA;
  6. Menerima laporan setiap hari daripada Ketua Pengawal Keselamatan Wisma Kewangan dan bertindak dimana yang perlu;
  7. Penggunaan Bilik-bilik Mesyuarat.
Berikut adalah objektif Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun:-
  1. Mempastikan pelaksanaan Perintah Am Negeri Sabah, Arahan-ARahan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidamtan (Persekutuan dan Negeri);
  2. Mempastikan perbelanjaan dibuat mengikut Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan, Akta Prosedur Kewangan, Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Kementerian Kewangan negeri dan Jabatan Bendahari;
  3. Mengurus penyimpanan dan pengendalian rekod.


























Fungsi-Fungsi adalah seperti berikut:-

  1. Mengurus Perjawatan anggota;
  2. Mengurus Pentadbiran Akaun;
  3. Mengurus Pembangunan Sumber Manusia;
  4. Mengurus dan Memantau Peningkatan Kualiti dan Produktiviti;
  5. Mengurus permohonan pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam negeri, anggota-anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
  6. Mengurus permohonan rawatan perubatan anggota perkhidamtan awam, anggota-anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
  7. Mengurus pinjaman pembelian kereta dan komputer perkhidmatan awam negeri;
  8. Mengurus permohonan pendahuluan diri anggota perkhidmatan awam negeri;
  9. Mengurus dan memantau kebersihan dan keselamatan pejabat dan kawasan sekitarnya;
  10. Mengurus dan meyelaras perjalanan kenderaan dan anggota Kementerian Kewangan;
  11. Menjawab dan memantau perlaksanaan teguran audit;
  12. Mengurus disiplin dan tindakan tatatertib pegawai / kakitangan Kementerian Kewangan dan Agensi-agensi;
  13. Mengurus kes-kes kemalangan kenderaan Kerajaan;
  14. Mengurus permohonan menghapuskira pinjaman kenderaan Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak boleh dituntut;
  15. Menjawab soalan Dewan dan mengurusetia persidangan Dewan Undangan Negeri bagi Kementerian;
  16. Mengendalikan perayaan-perayaan rasmi Kerajaan;
  17. Mengurus penyewaan bangunan/ruang pejabat kementerian/ jabatan dan agensi negeri;
  18. Mengurus penempatan dan membantu praktikum/ latihan industri pelajar-pelajar IPTA dan IPTS;
  19. Mengurusetia mesyuarat ketua-ketua bahagian / majlis bersama jabatan / kementerian;
  20. Mengurus pembayaran bil tertunggak Sabah Electricity Sdn. Bhd. Dan Telekom Malaysia Bhd.;
  21. Urusetia jawatankuasa keutuhan pengurusan (JKP) Kerajaan Negeri;




 
   
Pelawat Awam Pelawat Kerajaan Pelawat Warga MOF this only an RSS link to facebook mof youtube link