English

PROGRAM KAUNSELING BANTU MASYARAKAT TANGANI MASALAH SOSIAL


KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneroka bidang dan teknik baru khusus berkaitan kaunseling untuk membantu masyarakat menangani masalah dalam pembangunan sosial di negara ini.

Baca Selanjutnya


PERLU LEBIH RAMAI PAKAR GERIATRIK


KUALA LUMPUR 11 Julai - Negara memerlukan lebih ramai pakar geriatrik menjelang 2020 agar keperluan dan kesejahteraan warga emas dapat diberi perhatian sewajarnya.

Baca Selanjutnya


  • Artikel
  • Aplikasi Online
  • Pejabat Negeri
  • Dasar PKRS

Klinik bergerak 1 Malaysia LPPKN.

kafe@TEEN berjaya tangani masalah sosial remaja.

3,000 bayi berjaya dilahirkan

Hijrah jejas hubungan keluarga

Selanjutnya...

Selanjutnya...

Selanjutnya...

Selanjutnya...





 


PERNYATAAN DASAR PKRS

Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan merupakan dasar mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang terpakai kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati. Pelaksanaan dasar ini turut mengambil kira kepelbagaian agama, budaya serta nilai hidup masyarakat di Malaysia. .


 

PERNYATAAN MATLAMAT

Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. Pengetahuan dan tanggapan yang betul dalam bidang ini akan membawa kepada perlakuan yang bertanggungjawab oleh individu dan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan sosial yang positif di Malaysia.

RASIONAL

Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.

 

Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial yang semakin meningkat.

OBJEKTIF

Objektif Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

adalah untuk:

 

(i) meningkatkan kesedaran anggota masyarakat mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial;

(ii) membangunkan kepakaran pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan anggota masyarakat;

(iii) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik sistem pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial; dan

(iv) meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi mencapai objektif-objektif di atas, strategi-strategi telah dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu advokasi, pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan serta pemantauan dan penilaian.

 

Strategi-strategi tersebut adalah seperti berikut:

 

Advokasi

1. Mengurangkan sensitiviti dan salah tanggapan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, guru, anggota kesihatan, pengasuh dan masyarakat;

 

2. Mewujud dan meningkatkan kerjasama multi sektor dalam bidang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial;

 

Pembangunan Modal Insan

3. Membangunkan modal insan yang terlatih dalam bidang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial;

 

Penyelidikan dan Pembangunan

4. Melaksana dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial;

 

5. Meningkatkan kebolehaksesan kepada semua sumber yang berkaitan dalam bidang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial;

 

dan

 

Pemantauan dan Penilaian

6. Mewujudkan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian bagi pelaksanaan program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

- Selanjutnya -

Mengurus dan memahami remaja dan diri anda sebagai ibu bapa.

Selanjutnya

Pengurusan Emosi


Selanjutnya

Kenali Personaliti Melalui Psikologi Warna

Selanjutnya...

TENDER
Tiada tender ditawarkan buat masa ini.

SEBUTHARGA
Tiada sebutharga ditawarkan buat masa ini.

JAWATAN KOSONG
Tiada jawatan kosong di LPPKN buat masa ini.

  • Kementerian & Agensi
  • Kerjasama
  • Lain-lain






         



























Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Kekeluargaan. Selamat datang ke Portal Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Baca Selanjutnya..

July 2011
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Ahd Jul 24
PERASMIAN KAD LOYALTY NUR SEJAHTERA LPPKN

Semenjak 22/7/2010145882
Hari ini82
Semalam996
Bulan ini12200
Tahun ini127914