Fungsi-Fungsi adalah seperti berikut:
- Mengurus Perjawatan anggota;
- Mengurus Pentadbiran Akaun;
- Mengurus Pembangunan Sumber Manusia;
- Mengurus dan Memantau Peningkatan Kualiti dan Produktiviti;
- Mengurus permohonan pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam negeri, anggota-anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
- Mengurus permohonan rawatan perubatan anggota perkhidamtan awam, anggota-anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
- Mengurus pinjaman pembelian kereta dan komputer perkhidmatan awam negeri;
- Mengurus permohonan pendahuluan diri anggota perkhidmatan awam negeri;
- Mengurus dan memantau kebersihan dan keselamatan pejabat dan kawasan sekitarnya;
- Mengurus dan meyelaras perjalanan kenderaan dan anggota Kementerian Kewangan;
- Menjawab dan memantau perlaksanaan teguran audit;
- Mengurus disiplin dan tindakan tatatertib pegawai / kakitangan Kementerian Kewangan dan Agensi-agensi;
- Mengurus kes-kes kemalangan kenderaan Kerajaan;
- Mengurus permohonan menghapuskira pinjaman kenderaan Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak boleh dituntut;
- Menjawab soalan Dewan dan mengurusetia persidangan Dewan Undangan Negeri bagi Kementerian;
- Mengendalikan perayaan-perayaan rasmi Kerajaan;
- Mengurus penyewaan bangunan/ruang pejabat kementerian/ jabatan dan agensi negeri;
- Mengurus penempatan dan membantu praktikum/ latihan industri pelajar-pelajar IPTA dan IPTS;
- Mengurusetia mesyuarat ketua-ketua bahagian / majlis bersama jabatan / kementerian;
- Mengurus pembayaran bil tertunggak Sabah Electricity Sdn. Bhd. Dan Telekom Malaysia Bhd.;
- Urusetia jawatankuasa keutuhan pengurusan (JKP) Kerajaan Negeri;