Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang: Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun terdiri daripada empat(4) Unit Utama;

  1. Unit Pentadbiran Am
  2. Unit Akaun
  3. Unit Pembangunan Sumber Manusia
  4. Unit Senggaraan

Unit Pentadbiran Am

Unit Pentadbiran Am adalah diletakkan di bawah pengawasan Setiausaha Rendah dan dibantu oleh Ketua Penolong Setiausaha, Penolong Pegawai Tadbir (Perjawatan) dan Pembantu Tadbir (Kanan) serta empat(4) orang Kerani Fail dan dua(2) orang Kerani Penghantaran Surat.

Dalam bidang perjawatan Unit ini bertanggungjawab kepada:

  1. Kenaikan Pangkat
  2. Pengisian jawatan kosong
  3. Memangku
  4. Menanggung Kerja
  5. Pemberian taraf berpencen dan kumpulan simpanan pekerja
  6. Penyesuaian rekod SM2 dan Buku Perkhidmatan
  7. Carta Organisasi
  8. Senarai dan maklumat kakitangan
  9. Urusetia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
  10. Urusetia Jawatankuasa Tatatertib

Unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan rekod (fail terbuka (sulit), perolehan - alat-alat tulis dan penghantaran surat.

Unit Akaun

Unit Akaun adalah salah satu unit utama di bawah Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun yang diwujudkan sejak Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun ditubuhkan. Unit ini bertanggungjawab keatas semua hal berkaitan dengan pembayaran gaji anggota Kementerian kewangan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Disamping itu, Unit ini juga bertanggungjawab keatas pecahan-pecahan vot yang dipusatkan di bawah Kementerian Kewangan dan juga perbelanjaan di bawah Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Unit Akaun diketuai oleh seorang Pegawai Kewangan Gred W41 dan terbahagi kepada dua(2) sub-unit, iaitu Sub-Unit Pembayaran Gaji dan Sub-Unit Akaun Amanah & Pembayaran Am. Sub-Unit ini masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Akauntan Kanan W32 dan Penolong Akauntan Gred W27 dengan dibantu oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 dan enam(6) orang Pembantu Tadbir(Kewangan) Gred W17.

Unit Pembangunan Sumber Manusia

Unit Pembangunan Sumber Manusia adalah salah satu unit daripada empat(4) unit utama di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun (BPPA) Unit ini diwujudkan pada 01 Julai 1998 berikutan Penyusunan Semula Organisasi Kementerian Kewangan. Pada asalnya unit ini dikenali sebagai Unit Latihan & Pengurusan Kualiti. Berikutan penyusunan semula (reengineering) struktur organisasi Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun, Unit ini diperluaskan lagi fungsinya dengan memasukkan dua(2) Unit Pembangunan Sumber Maklumat dan Unit Latihan & Pengurusan Kualiti di bawah kawalan dan ditukar gelarannya kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia bermula pada 01 Oktober 2007.

Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha Kanan Gred N44 dan terbahagi kepada tiga(3) sub-unit iaitu Unit Latihan, Unit Pengurusan dan Unit Pembangunan Sumber Manusia. Unit-unit ini masing-masing diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N32, Penolong Pegawai Tadbir N27 dan Penolong Pustakawan S27 serta dibantu oleh sembilan(9) orang kakitangan bawahan.

Unit Senggaraan

Unit Senggaraan diketuai oleh seorang Pegawai Gred N41, seorang Pembantu Tadbir (Penguasa Pejabat) Gred N22 dan 17 orang Pekerja Rendah Awam.

Tugas utama unit ini ialah:-

  1. Menyelia dan mengawasi supaya semua alat-alat Pejabat / Bangunan berfungsi dengan baik seperti;
    1. SmartCard
    2. Penghawa dingin
    3. Pemadam Api
    4. Bekalan Letrik
    5. Bekalan Air
    6. Mesin photo copy
    7. Telefon & PABX
    8. Lampu dan lain-lain
  2. Memastikan harta modul / inventori direkodkan dalam KEW 312, 313 dan 314 serta simpan;
  3. Memastikan Pintu Utama Pejabat di kunci jam 5:30 petang dan dibuka jam 6:00 pagi pada waktu bekerja;
  4. Membersihkan pejabat, tandas dan kawasan persekitaran Bangunan Wisma Kewangan;
  5. Membuat laporan apa-apa kerosakan yang perlu dibaikit. Sekiranya boleh dibaiki sendiri dan yang lainnya kemukakan cadangan pembaikan kepada SUR/PPA;
  6. Menerima laporan setiap hari daripada Ketua Pengawal Keselamatan Wisma Kewangan dan bertindak dimana yang perlu;
  7. Penggunaan Bilik-bilik Mesyuarat.