Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & ANUGERAH KHAS SETIAUSAHA TETAP TAHUN 2015 DAN JASAMU DIKENANG

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2015 dan Jasamu Dikenang telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di Dewan Bankuasi, Aras 26 Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Majlis ini diadakan bagi tujuan memberi  pengiktirafan kepada pegawai & kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja  cemerlang di sepanjang tahun 2015. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil Jasamu Dikenang kepada pegawai & kakitangan yang bersara sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat mereka khususnya dalam perkhidmatan awam.

Seramai 9 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2015 mengikut kategori masing-masing dan 9 orang yang telah menerima anugerah Khas SUT.

Tarikh berita: 
Selasa, May 16, 2017