Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Berita Terkini

  • 2016-04-22

    Majlis perasmian pelaksanaan Sistem Pengurusan, Peruntukan dan Pembayaran (S3P) akan berlangsung pada 22 April 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri. Majlis ini akan di sempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Pg.Hassanel Datuk Pg.Hj.Mohd Tahir.

  • 2016-04-18

    Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keempat Belas diadakan pada 18 April 2016 hingga 21 April 2016.

  • 2016-04-15

    Pada 15 April 2016, Kementerian Kewangan dengan kerjasama INSAN telah menganjurkan kursus bertajuk "Dynamic Leadership Competency" yang disampaikan oleh Encik Sa'adilah Hj.Abdullah, Pengarah INSAN dan Encik Wilson @ Terence Thomas, Ketua Penolong Pengarah INSAN.

    Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai dengan istilah, konsep dan prinsip-prinsip Kepimpinan Dinamik yang merupakan kompetensi yang amat penting. Di samping membantu mempertingkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam ia dapat membantu meningkatkan keupayaan para penjawat awam dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Kepimpinan Dinamik untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

  • 2016-02-04

    Badan Kebajikan Islam Kementerian Kewangan Negeri Sabah (BKIKKNS) akan mengadakan  satu lawatan amal ke Ho Chi Minh City (Vietnam) dan Phnom Penh (Kemboja) pada 04 – 09 Februari 2016. Seramai 33 orang ahli BKIKKNS  mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh TSUT (Pengurusan) Y Bhg Tuan Hj. Muluk Samad.

  • 2016-01-18

    Kementerian Kewangan Negeri Sabah turut terlibat dalam program pelaksanaan modul Strategic Engagement Programme (SEP) Siri 2 Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Intan Tahun 2015 yang bermula pada 18 – 29 Januari 2016 baru-baru ini. Kementerian Kewangan menerima 4 orang peserta yang ditempatkan di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun, Bahagian Kewangan & Ekonomi, Bahagian Belanjawan dan Bahagian Pelaburan & Pemantauan Agensi Awam. Sebagai pendedahan awal, setiap peserta diberi tugasan berkaitan isu-isu mengikut bahagian masing-masing yang perlu dibentangkan dan diberi penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan.

  • 2016-01-14

    Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Bagi Tahun 2014 telah diadakan pada 14 Januari 2016 bertempat di Grand Ballroom, Shangri-LA's Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu. Anugerah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan. Sebanyak 24 agensi kerajaan telah menerima Anugerah Kecemerlangan tahun 2014 (pencapaian 4 bintang) diantaranya ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Jabatan Cetak Kerajaan dan lain-lain lagi. Sebagai penghargaan setiap penerima anugerah diberikan insentif wang tunai sebanyak RM15,000.00 dan sebuah plak.

    Sistem penarafan berdasarkan indeks akauntabiliti dilaksanakan di negeri Sabah sejak tahun 2007 yang bertujuan untuk menilai sama ada wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan; terhadap pungutan hasil, perbelanjaan serta pengurusan akaun amanah, aset dan inventori, pelaburan serta pinjaman, pengurusan kewangan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.

  • 2015-10-12

    Pada 12-13 Oktober 2015 Kementerian Kewangan dengan kerjasama Perbadanan  Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan satu kursus yang bertajuk ‘ Amalan  Persekitaran Berkualiti Yang Efektif (5S)’ bertempat di Bilik Mesyuarat Utama,  Kementerian Kewangan.

  • 2015-10-03

    Kontinjen Perbarisan Kementerian Kewangan telah mengambil bahagian dalam adat  istiadat perbarisan sempena Harijadi Rasmi Ke-62 Tuan Yang Terutama Di Pertua Negeri Sabah pada 03 Oktober 2015 dan telah meraih Naib Johan dengan markah sebanyak 84% . Hadiah berupa Piala, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai. Kontinjen ini  adalah gabungan antara Kementerian Kewangan, Jabatan Bendahari Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri dengan keahlian seramai 39 orang.

  • 2015-09-29

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014 dan Jasamu Dikenang  telah diadakan pada 29 September 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama  Kementerian Kewangan. Majlis ini merupakan acara tahunan kementerian yang  bertujuan untuk menghargai para pegawai dan kakitangn yang telah menunjukkan  prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2014 dan meraikan mereka yang bersara  pada tahun 2015.

    Majlis ini juga diadakan secara serentak dengan pelancaran Laman Web Rasmi Baharu  Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Pelancaran dilaksanakan dengan gimik video  pelancaran disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Setiausaha Tetap Kementerian  Kewangan.

  • 2015-08-31

    Seramai 41 orang ahli Kontinjen Kementerian Kewangan , Jabatan Bendahari Negeri  dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah mengambil bahagian dalam acara  perbarisan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat Negeri Sabah yang mana telah meraih  kemenangan sebagai Naib Johan Kategori Jabatan bukan berpakaian seragam rasmi.  Hadiah adalah berupa wang tunai, piala dan sijil penghargaan.