Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Soalan Lazim: Bahagian Perolehan dan Harta Awam

Soalan-soalan Lazim:

1. Dimana mendapatkan borang pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA)?

Jawapan:

Borang pendaftaran boleh didapati di Unit PUKONSA, Kementerian Kewangan, Wisma Tun Fuad  Stephens, Tingkat 4, Blok A, Karamunsing, Kota Kinabalu

2. Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan untuk dipohon?

Jawapan:

Jenis perkhidmatan yang di tawarkan adalah, Kontraktor Kerja, Kelas A, Kelas,  Kelas C, Kelas D, Kelas E , Kelas F dan Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan.

3. Apakah syarat-syarat pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan?

Jawapan:

Syarat-syarat boleh diperolehi melalui Buku Panduan Kod, Borang dan senarai semak seperti berikut:               

JENIS BORANG

HARGA (RM)

Kontraktor Kerja

Perseorangan/perkongsian

- 1/88 Pin.1(a)

 

2.00

Sdn. Bhd. – 1/88 Pin.1(b)

2.00

Bekalan dan Perkhidmatan

Perseorangan/Perkongsian/Sdn.Bhd -2/88 Pin.1

2.00

Buku Panduan Kod

 

3.00

 

4. Apakah syarat-syarat memohon penggantian kenderaan Kerajaan yang perlu diganti?

Jawapan:

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Surat Laporan dan Perakuan pemeriksaan kenderaan  daripada Bahagian Mekanikal, Jabatan Kerja Raya.

5. Apakah tindakan Ketua Jabatan atau Cawangan apabila berlaku kehilangan aset/harta   Kerajaan?

Jawapan:

  • Buat laporan polis dalam masa 24 jam.
  • Kemukakan laporan awal kehilangan (Borang Lampiran J) dalam tempoh 1 bulan kepada  Kementerian Kewangan Negeri beserta dengan satu laporan polis (laporan tersebut disalinkan kepada Audit Negara)
  •  Laporan   Akhir ( Lampiran K ) dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dalam  tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan Awal dikemukakan walaupun Laporan Hasil siasatan Polis belum lagi diperolehi, hasil siasatan penuh Pegawai Penyiasat Jabatan yang dilantik mesti disertakan sebagai dokumen sokongan.

6. Apakah tindakan perlu dibuat  sekiranya Ketua Jabatan/Cawangan mendapati aset usang/tidak digunakan lagi?

Jawapan:

Kemukakan permohonan  penubuhan Lembaga Pemeriksa dengan menyertakan maklumat aset dalam KEW.PA-17 kepada Kementerian/Jabatan berikut:

  1. Daerah Kota Kinabalu- Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.
  2. Daerah Sandakan dan Tawau - Presiden Majlis Perbandaran berkenaan
  3. Daerah-daerah lain- Pegawai daerah di pejabat Daerah berkenaan.

7. Apakah perlu dibuat apabila Laporan Lembaga Pemeriksa ( KEW-PA-17 ) di terima ?

Jawapan:

Sekiranya Syor Lembaga Pemeriksa dipersetujui, kemukakan Laporan tersebut kepada Kementerian Kewangan Negeri untuk kelulusan Pelupusan.

 

  • Senarai Borang

1.            Lampiran A (Tender)

2.            Lampiran B (Khas Bumiputera/Bukan Bumiputera)

3.            Borang KEW PA-17

4.            Borang KEW PA-18

5.            Borant KEW.PA-19

6.            Borang Hapuskira Lampiran J

7.            Borang Hapuskira Lampiran K

8.            Borang PUKONSA