Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Soalan Lazim: Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun

Pinjaman Perumahan

  •  Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman perumahan Kerajaan?

Pinjaman perumahan adalah pinjaman yang disediakan khusus untuk kakitangan Kerajaan sama ada berstatus tetap / sementara / kontrak.

  • Berapakah kadar faedah yang dikenakan?

Faedah yang dikenakan ialah sebanyak 3% setahun ke atas pinjaman mereka.

  • Berapakah amaun pinjaman yang boleh diluluskan?

Pinjaman perumahan boleh diluluskan sehingga 100% taksiran pihak berkuasa yang memberi pinjaman mengenai nilai harta yang ditawarkan sebagai jaminan atau mengikut kelayakan maksimum pemohon, tertakluk kepada mana yang lebih rendah. Amaun sebenar yang diluluskan adalah tertakluk kepada syarat bahawa amaun bayaran balik bulanan termasuk lain-lain potongan tidak boleh lebih daripada 60% daripada pendapatan kasar peminjam itu.

  • Bagaimanakah amaun pinjaman perumahan dikira?

Pengiraan pinjaman perumahan adalah berdasarkan kepada formula berikut:

K=(GP+EW+ITKA+) x 72    tertakluk kepada maksimum sebanyak RM400,000.00

                                                K         = Kelayakan

                                                GP       = Gaji Pokok

                                                EW      = Elaun Wilayah

                                                ITKA  = Imbuhan Tetap Khidmat Awam

Skim Pinjaman Membeli Komputer Mikro

  • Apakah yang dimaksudkan dengan skim pinjaman komputer mikro?

Skim pinjaman komputer mikro adalah pinjaman yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam bagi pembelian komputer desktop, komputer riba, tablet, pencetak, pengimbas dan lain-lain yang berkaitan.

  • Berapakah kadar faedah yang dikenakan dan tempoh pinjaman tersebut?

Pegawai akan dikenakan faedah sebanyak 3% setahun atas pinjaman mereka dengan tempoh maksimum pinjaman selama 3 tahun.

  • Berapakah amaun pinjaman yang boleh diluluskan?

Pinjaman yang boleh diluluskan adalah sehingga maksimum RM5,000 tetapi tertakluk kepada syarat bahawa amaun bayaran balik bulanan termasuk lain-lain potongan tidak boleh lebih daripada 60% daripada pendapatan kasar peminjam itu.

  • Siapakah yang layak untuk memohon pinjaman ini?

Semua kategori anggota perkhidmatan awam negeri adalah layak untuk memohon.

 

Permohonan Lesen Pemberi Pinjam Wang

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Pemberi Pinjam Wang berlesen?

Ia adalah khidmat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang dijalankan oleh syarikat pemberi pinjam wang yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

  • Berapakah peratus faedah yang dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat?
  • Bercagar                    -           12% setahun
  • Tidak Bercagar         -           18% setahun
  •  Berapakah modal berbayar yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen?

Modal berbayar yang diperlukan ialah RM1.0 juta.