Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Soalan Lazim: Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Berkanun Negeri?

Badan Berkanun Negeri merupakan badan korporat yang diperbadankan menurut peruntukan undang-undang Negeri tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan. Ia ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri melalui enakmen penubuhan masing-masing yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

 

Apakah matlamat dan tujuan Badan Berkanun Negeri ditubuhkan?

Matlamat penubuhan Badan Berkanun Negeri adalah bagi membolehkan operasi dan aktiviti kerajaan dapat dilakukan dengan cekap dan sistematik di bawah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

Apakah antara rujukan utama yang digunakan oleh Badan Berkanun Negeri dalam menjalankan pentadbirannya?

  • Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) Tahun 1997.
  • Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) (Pindaan) 2004.
  • Enakmen badan berkanun negeri masing-masing.
  • Kod Tadbir Urus Korporat Untuk Badan Berkanun Negeri Sabah, 2009.
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan bertarikh 23 September 1996: “Garis Panduan Bagi Penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Untuk Badan-Badan Berkanun dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Sabah.”
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan Bil.5 Tahun 2001: “Arahan Kepada Semua Pengerusi Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif / Pengurus Besar Badan Berkanun Negeri, Agensi Kerajaan, Syarikat-Syarikat Milik Penuh Kerajaan Negeri dan Pegawai Kerajaan Negeri Yang Mewakili Kerajaan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Dalam Badan Berkanun, Agensi dan Syarikat Kerajaan.”
  • Pekeliling Kem. Kewangan Bil.7 Tahun 2001: “Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Dividen Oleh Syarikat-Syarikat Kerajaan Negeri.”
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan Bil.2 Tahun 2005: “Penurunan Kuasa Kabinet Kepada Menteri Kewangan, Menteri Masing-Masing Serta Lembaga Pengarah Badan-Badan Berkanun Negeri.”
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan Bil.4 Tahun 2005: “Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan-Badan Berkanun Negeri.”
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan Bil.14 Tahun 2009: “Garis Panduan Untuk Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Sabah.”
  • Pekeliling Kem. Kewangan Bil.4 Tahun 2010: “Pelaksanaan Kod Tadbir Urus Korporat Untuk Badan Berkanun Negeri Sabah.”
  • Surat Pekeliling Kem. Kewangan Bil.4 Tahun 2011: “Penetapan Elaun Bulanan, Elaun Kehadiran Mesyuarat dan Kemudahan-Kemudahan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan-Badan Berkanun Negeri.”
  • Surat pekeliling kerajaan lain yang berkaitan dari semasa ke semasa.

 

Berapa banyakkah Badan Berkanun Negeri Sabah dan senarainya?

Badan Berkanun Negeri Sabah ada 21 buah semuanya seperti berikut:

  1. Korporasi Pembangunan Desa (KPD)
  2. Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN)
  3. Lembaga Industri Getah Sabah
  4. Lembaga Kebudayaan Sabah
  5. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
  6. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah
  7. Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah   
  8. Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB)
  9. Lembaga Pelancongan Sabah
  10. Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
  11. Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Fuad
  12. Lembaga Sukan Negeri Sabah
  13. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
  14. Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah
  15. Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
  16. Kumpulan Yayasan Sabah
  17. Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah
  18. Perbadanan Pinjaman Sabah
  19. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)
  20. Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA)
  21. Kumpulan Wang Amanah Warisan Negeri Sabah (KWAWNS)

 

Apakah yang dimaksudkan dengan syarikat kerajaan negeri?

Takrif syarikat Kerajaan Negeri termasuk semua lapisan syarikat subsidiari, bersekutu dan pelaburan di mana Kerajaan Negeri mempunyai pegangan ekuiti secara terus atau efektif masing-masing seperti berikut:

  1. Syarikat induk dan subsidiari di bawah kawalan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri yang mana pegangan ekuiti melebihi 50%.
  2. Syarikat bersekutu di luar kawalan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri dengan pegangan ekuiti di antara 20% hingga 50%;
  3. Syarikat pelaburan di mana Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri mempunyai pegangan ekuiti kurang daripada 20%.

 

Apakah agensi awam yang tersenarai di bawah portfolio Kementerian Kewangan Negeri Sabah?

Agensi awam di bawah portfolio Kementerian Kewangan Negeri Sabah ialah seperti berikut:

  1. Sabah Development Bank Berhad
  2. Progressive Insurance Berhad
  3. Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd
  4. Saham Sabah Berhad
  5. Sabah Air Aviation Sdn. Bhd
  6. KOJASA Holdings Bhd.
  7. Borneo Development Corporation (Sabah) Sdn. Bhd. (BDC)
  8. Yayasan Bumiputra Sabah
  9. Tabin Wildlife Holidays S/B
  10. Sabah Capital Sdn. Bhd.
  11. Yayasan Usaha Maju (YUM)
  12. Desa Lestari Sdn. Bhd.
  13. Desa Plus Sdn. Bhd.
  14. Sabah International Dairies Sdn. Bhd.
  15. SAFMA

 

Bagaimanakah caranya untuk saya log masuk ke dalam State Companies Information System?

Anda boleh melayari laman web menggunakan ‘browser’ Internet Explorer dengan menaip alamat ini: https://egjpkn.sabah.gov.my/scis