Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Soalan Lazim: Bahagian Kewangan dan Ekonomi

Permohonan untuk menjalankan Perniagaan Tukar Barangan (Barter Trade):

1. Bagaimana untuk memohon ?

i. Melalui borang permohonan di Bahagian Kewangan & Ekonomi, kementerian KewanganNegeri. Untuk makluman, Kementerian Kewangan hanya mengeluarkan surat kebenaran menjalankan perniagaan tukar barangan sahaja.

ii. Perlu mendapatkan memo daripada Bahagian Kewangan & Ekonomi, untuk tujuan pembayaran RM50/borang permohonan di kaunter bendahari, Jabatan bendahari Negeri. Resit pembayaran akan dikeluarkan dan datang semula ke Bahagian Kewangan & Ekonomi untuk mendapatkan borang permohonan tersebut.

2. Apakah prosedur/dokumen yang terlibat:

i. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap berserta Gambar berukuran Pasport pemohon dan dokumen-dokumen yang diperlukan haruslah disertakan.

ii. Pemohon perlu mempunyai Lesen Berniaga (Dibawah Ordinan Perlesenan Perdagangan, 1948) di daerah tersebut yang masih sah tempoh laku (salinan lesen perniagaan mestilah disertakan).

iii. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia (salinan kad pengenalan dan rakan kongsi mestilah disertakan).

iv. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Layak Layar Kapal Laut sama ada daripada Kerajaan Indonesia atau Filipina yang masih sah tempoh lakunya (salinan sijil layak layar mestilah disertakan)

  • Ejen kapal Dagangan Filipina(Sijil Layak Layar)

-Certificate of Inspection

-Cargo Ship Safety Mainning Certificate

-Coastwise Licence

  • Ejen Kapal Dagang Indonesia

-Certificate Kesempurnaan

  • Sila nyatakan Nombor I.D. AIS Transponder bagi Egen kapal dagangan yang digunakan dalam Borang dengan jelas.

v. Setiap permohonan akan dimajukan ke Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah untuk tapisan keselamatan dan komen /sokongan sebelum diberikan kelulusan. Pemohon akan dipanggil untuk di temuduga di Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah.

3. Di mana boleh melakukan perniagaan tukar barangan tersebut?

Hanya tiga daerah terlibat iaitu Daerah Tawau, Sandakan dan Kudat sahaja.

4. Berapa lama permohonan tersebut diproses untuk kelulusan?

Satu borang permohonan yang lengkap diisi dan keperluan-keperluan berkenaan telah lengkap akan dihantar ke Bahagian Keselamatan Negara, Negeri Sabah dalam masa 3 hari bekerja. Tempoh penapisan di Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah adalah bergantung kepada bahagian tersebut. Setelah komenyang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah, borang tersebut akan dimajukan kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah untuk kelulusan atau sebaliknya. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau sebaliknya dalam masa 3 hari bekerja setelah keputusan diterima.

 

Permohonan untuk disenaraikan sebagai Syarikat Perkhidmatan Perunding di bawah Kementerian Kewangan, Sabah (Consultant):

1. Bagaimanakah hendak  memohon untuk mendaftarkan firma juruperunding dalam senarai perunding Kementerian Kewangan?

Pihak juruperunding bolehlah memperolehi Borang Penumpulan Maklumat Syarikat Perkhidmatan Perunding Kementerian Kewangan Sabah di Bahagian Kewangangan dan Ekonomi, Tingkat 2, Kementerian Kewangan Negeri, Kota Kinabalu. Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dengan menyertakan maklumat/ dokumen berikut:-

  1. Curriculum vitue bagi kakitangan ikhtisas;
  2. Salinan sijil/kelulusan yang telah disahkan;
  3. Kelulusan bagi kakitangan ikhtisas;
  4. Sijil Perakuan Pendaftaran oleh:-

(a)Lembaga Jurutera Malaysia untuk Jurutera Professional

(b)Lembaga Arkitek Malaysia untuk Arkitek Berdaftar;

(c)Lembaga Juruukur Bahan Malaysia untuk Jurukur Bahan Berdaftar;

(d)Sijil Akaun Pendaftaran Perunding Swasta daripada KLementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh lakunya.

2. Apakah prosedur/dokumen yang terlibat:

i.Borang Pengumpulan Maklumat Syarikat Perkhidmatan Perunding Kementerian Kewangan Sabah perlulah diisi lengkap.

ii.Sertakan “Curriculum Vitae/CV” yang lengkap bagi kakitangan ikhtisas.

iii.Kemukakan salinan sijil/kelulusan berikut yang telah disahkan ataupun salinan sijil asal ke Kementerian Kewangan Negeri untuk disahkan:

a. Sijil kelulusan bagi kakitangan ikhtisas;

b. Sijil Perakuan Pendaftaran daripada:-

  • Lembaga Jurutera Malaysia untuk Jurutera Professional.

  • Lembaga Arkitek Malaysia untuk Arkitek Berdaftar.

  • Lembaga Juruukur Bahan Malaysia untuk Juruukur bahan Berdaftar.

c. Sijil bagi Akaun Pendaftaran Perunding Swasta daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh lakunya.

3. Berapa lama permohonan tersebut diproses?

Dalam masa 3 hari selepas borang permohonan didapati lengkap diisi dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

 

4. Apakah perlu dibuat jika terdapat sebarag perubahan tentang Syarikat Perkhidmatan Perunding yang telah berdaftar?

Syarikat berkenaan hendaklah memaklumkan sebarang perubahan secara bertulis bagi membolehkan senarai syarikat dikemaskinikan.

 

5. Apakah maklumat- maklumat yang perlu disertakan bagi menyokong permohonan perlantikan juruperunding?

Pihak Agensi Pelanggan hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat- maklumat berikut:-

  1. Terma Rujukan. Ini termasuk bidang skop kerja serta pengkhususan perkhidmatan, latarbelakang projek termasuk objektif dan faeadah projek/ kajian.
  2. Sumber dan jumlah peruntukan projek/kajian yang diluluskan.
  3. Anggaran kos projek/kajian yang diluluskan.
  4. Anggaran kos perkhidmatan perunding (jika diperolehi).
  5. Kategori projek sama ada projek baru, peningkatan taraf, pembesaran, pemugaran dan pemeliharaan, pembaikan, pembaikan/baikpulih atau projek sambungan.
  6. Pelepasan daripada Jabatan Teknik untuk projek pembangunan fisikal selaras dengan Peruntukan A.P.1182 dan 187.
  7. Bagi projek pembangunan fisikal seperti pembinaan bangunan, tapak dan lokasi projek mesti sedia ada sebelum permohonan perunding dikemukakan.
  8. Lain- lain maklumat tambahan.

Permohonan untuk mendapatkan lesen sebagai Orang yang kena membayar Cukai Jualan Negeri:

1. Bagaimana untuk memohon?

Melalui Borang 1 Peraturan-Peraturan Cukai Jualan Negeri 1999 Permohonan untuk mendapatkan lesen-lesen sebagai orang yang kena membayar cukai (peraturan 4 (1))yang boleh diperolehi di Bahagian Kewangan & Ekonomi, Kementerian Kewangan Negeri.

2. Apakah prosedur/dokumen yang terlibat:

i. Borang permohonan perlulah diisi lengkap berserta dokumen yang diperlukan.

ii. Lesen Berniaga yang masih sah tempoh laku (Dibawah Ordinan Perlesenan Perdagangan, 1948) di daerah yang terlibat (Salinan yang disahkan benar).

iii. Menyertakan salinan lesen MPOB (Malaysian Palm Oil Board/Lembaga Minyak sawit Malaysia) di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005 yang masih sah tempoh laku.

iv. Salinan kad pengenalan yang disahkan.

v.Salinan Borang 24, Akta Syarikat 1965, Seksyen 54(1) yang disahkan.

vi. Salinan Borang 29, Akta Syarikat 1965, Seksyen 54(1) yang disahkan.

vii.Salinan Borang 9, Akta Syarikat 1965, Seksyen 16 (4) yang disahkan.

viii.Salinan pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.

3. Berapa lama permohonan tersebut diproses untuk kelulusan?

Borang 1 yang lengkap diisi bersama dokumen-dokumen diperlukan dikemukakan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri selaku Pengarah Cukai Jualan Negeri Sabah untuk kelulusan. Sekiranya semua teratur, lesen Cukai Jualan Negeri akan dikeluarkan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.

Permohonan untuk mendapatkan Borang Hasil FS6:

1. Bagaimana untuk mendapatkan Borang Hasil FS6?

Borang Hasil FS6 telah sedia diedarkan kepada semua Kementerian/Jabatan di seluruh negeri dan menjadi tanggungjawab semua Kementerian/Jabatan untuk mengisi serta menghantar ke Kementerian Kewangan Negeri pada/sebelum tarikh tutup iaitu pada minggu pertama bulan Ogos setiap tahun.

Permohonan berhubung perlantikan Juruukur Berlesen bagi menjalankan kerja-kerja ukur yang diswastakan oleh JTU:

 1. Apakah polisi/pendekatan MOF berhubung perlantikan Juruukur Berlesen bagi menjalankan     kerja-kerja ukur yang diswastakan oleh JTU melibatkan pengukuran (i) pengukuran tanah N.T; (ii) pengukuran geran kommunal; (iii) pengukuran tanah rezab sungai; (iv) pengambilan balik semula tanah; dan (v) permohonan tambahan kos ukur

Perlantikan juruukur berlesen hanya akan dibuat berdasarkan syor-syor daripada JTU kepada MOF. Syor tersebut diperolehi melalui mesyuarat jawatankuasa pemilihan juruukur berlesen yang dipengerusikan oleh JTU dan ahli-ahlinya iaitu MOF, JKM, EPU, JPS & JKR. Juruukur berlesen akan dipilih mengikut projek-projek ukur yang disediakan dan cabutan undi dibuat. Jurukur berlesen tersebut haruslah berdaftar di Sabah (sepenuh masa dan separuh masa sekurang-kurangnya 6 bulan di Sabah), mempunyai rekod prestasi yang baik dan wajib berdaftar di bawah Lembaga Juruukur Sabah.

 

Bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah N.T, kelulusan adalah diberikan berdasarkan DIBAWAH BAB 68 BAHAGIAN IV, LAND ORDINANCE &THE SURVEYORS ORDINANCE 1960. Bagi kerja pengukuran pengambilan semula tanah, pengukuran tanah rezab sungai dan pengukuran geran komunal, pematuhan  kepada Arahan Perbendaharaan Bilangan 186 adalah kritikal. Seterusnya bagi permohonan kos ukur, JTU haruslah mematuhi Klausa 17, ‘Variation And Extras’.