Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Soalan Lazim

Apakah konsep pengurusan kewangan?

Konsep pengurusan kewangan mestilah diamati dalam proses pengurusan dan penggunaan peruntukan yang telah diluluskan dalam Belanjawan tahunan. Konsep pengurusan kewangan adalah merupakan satu proses sesebuah organisasi:

  1. Perlu mengikut langkah-angkah tertentu untuk memperolehi dan sterusnya mengagihkan sumber-sumber berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan tertentu;
  2. Menggunakan cara-cara dan kawalan-kawalan tertentu untuk mencapai objektif-objektif berkenaan dengan cekap dan berkesan.

Pengurusan kewangan awam meliputi  3 aktiviti utama:

  1. Menetapkan skop dan kandungan polisi-polisi fiskal;
  2. Mewujudkan garis-garis panduan dan standard yang umum; dan
  3. Menyediakan struktur dan kawalan organisasi.

Pengurusan kewangan tradisional meliputi 3 proses asas kewangan:

  1. Belanjawan – penyediaan satu pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan;
  2. Pembiayaan – peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program bagi mencapai objektif-objektifnya; dan
  3. Pengawalan – pemastian aktiviti-aktiviti adalah dilaksanakan mengikut pelan kerja yang telah ditentukan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan auditan yang ditetapkan.