Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan:

  1. Menyediakan draf pertama Anggaran Tahunan kepada Kabinet Negeri dua puluh empat (24) hari bekerja sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri;
  2. Memyampaikan keputusan Waran Perjawatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh menerima dokumen yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan;
  3. Menyampaikan keputusan permohonan pinjaman negeri kepada Agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja;
  4. Menyampaikan keputusan permohonan viremen kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja;
  5. Menyampaikan keputusan permohonan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan-badan Keagamaan dan Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan setiap dua (2) kali setahun;
  6. Menyampaikan keputusan permohonan pendahuluan diri dibawah AP54 dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja;
  7. Menyampaikan keputusan-keputusan berikut :-
    1. Permohonan pinjaman perumahan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas permohonan diterima daripada Jabatan Bendahari Negeri Sabah;
    2. Permohonan penyewaan ruang pejabat dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari bekerja.
  8. Menyampaikan laporan pengauditan kepada pelanggan dalam tempoh masa satu (1) bulan selepas pengauditan dijalankan;
  9. Menyampaikan surat kebenaran Perdagangan Tukar barangan (Barter Trade) tiga (3) hari bekerja selepas keputusan Menteri Kewangan diterima;
  10. Menyampaikan keputusan pelantikan juruperunding dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dipertimbangkan;
  11. Membekalkan Maklumat Am dan Kewangan agensi-agensi awam serta pelaburan negeri dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja;
  12. Menyampaikan keputusan terhadap cadangan pelaburan daripada agensi awam dalam tempoh masa empatbelas (14) hari bekerja;
  13. Menyampaikan keputusan ke atas permohonan perolehan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan;
  14. Menyampaikan Sijil Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja selepas dipertimbangkan; dan
  15. Menyampaikan keputusan Hapuskira Kehilangan dan Pelupusan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan.