Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Perutusan Daripada Menteri Kewangan Negeri Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan mengucapkan selamat mengunjungi Laman Web Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Saya berharap melalui pewujudan Laman Web ini, para pengguna berpeluang untuk mengakses maklumat-maklumat yang disediakan, agar terus dapat meningkatkan pemahaman mereka berkenaan dengan peranan Kementerian Kewangan. Laman Web Kementerian Kewangan ini akan memberi penekanan liputan terhadap struktur Kementerian, matlamat, dasar serta fungsi Kementerian Kewangan kepada Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan yang menjadi anggota sektor awam pada keseluruhannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa sektor awam adalah bahagian terpenting dalam menerajui dan mengurus perihal dasar-dasar pembangunan ekonomi dan sosial negara dan negeri Sabah. Sudah tentu peranan Kementerian Kewangan akan lebih menyerlah ke atas sektor awam kerana keupayaan Kementerian Kewangan dalam penyediaan perbelanjaan perbekalan awam adalah menjadi faktor penentu untuk melaksanakan keputusan-keputusan dasar Kerajaan tertinggi, yang pula akan memberi kesan kepada setiap institusi dan individu di seluruh negeri ini.

Dengan ini juga, usaha yang berterusan oleh Kementerian Kewangan untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web ini dan penuh yakin kandungannya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk kebaikan bersama. Sekian, terima kasih.

"JIMAT DAN PRODUKTIF"
" SABAH MAJU JAYA"

Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
Menteri Kewangan Negeri Sabah