Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

PENGUMUMAN PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN TUKAR BARANGAN (BARTER TRADE) DI SABAH

Berdasarkan ketetapan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah Siri 5/2018, perniagaan Tukar Barangan (Barter Trade) akan mula beroperasi pada 3 Januari 2019. Manakala bagi maksud pemprosesan borang  permohonan iaitu Bayaran Pemprosesan Permohonan Menjalankan Kebenaran Perniagaan Tukar Barang (Barter Trade) Selaras Dengan Peruntukan Di Bawah Fees Enactment 1981, tarikh mula penerimaan permohonan adalah pada 17 Disember 2018 dengan kadar bayaran pemprosesan sebanyak RM1500 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi setiap permohonan. Berikut adalah senarai semak pengisian borang permohonan serta Nota Pemakluman yang perlu dipatuhi dalam membuat permohonan berkenaan (klik di sini bagi mendapatkan senarai semak pengisian borang)