Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang: Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan

Bahagian Pengawasan Agensi Awam ditubuhkan pada tahun 1987. Bahagian ini bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) bertanggungjawab dalam mengurus pangkalan data dan Sistem Maklumat Syarikat Kerajaan Negeri (SCIS).

SCIS merupakan pangkalan data berpusat yang merekodkan maklumat / data kewangan dan bukan kewangan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya. SCIS dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac 1988.

Objektif pewujudan SCIS adalah sebagai satu sistem untuk mengawasi prestasi dan kedudukan kewangan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya. Di samping itu, SCIS juga menyediakan data untuk tujuan analisis serta untuk membekal data kepada para pengguna.

Dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada tahun 1999, semua Kerajaan Negeri telah diarahkan supaya menubuhkan Unit Analisa dan Pemantauan Pelaburan Negeri masing-masing. Unit ini telah ditubuhkan di bawah bahagian ini dengan tanggungjawab untuk merekod, menganalisis dan memantau pelaburan.

Pada tahun 2000, struktur organisasi bahagian ini disusun semula dengan penambahan Unit Pelaburan. Kini bahagian ini dinamakan Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan (PAP).