Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang

Kementerian Kewangan Negeri (KKN) telah diwujudkan pada tahun 1964 dan merupakan sebuah organisasi yang menjadi teras kepada pentadbiran dan pengurusan sumber kewangan negeri. KKN adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan anggaran hasil tahunan dan pengawalan perbelanjaan awam negeri. KKN juga berperanan dalam merancang kewangan dan pelaburan negeri disamping menjadi nadi penggerak terhadap jentera pentadbiran ke arah perkembangan ekonomi dan sosial selaras dengan dasar perancangan pembangunan negeri.

KKN juga menjadi pusat penyelarasan terhadap aliran peruntukan kewangan persekutuan dan bantuan luar negeri untuk pembangunan ekonomi negeri. Demi memantapkan pengurusan kewangan dan perakaunan, KKN bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara untuk memastikan pematuhan Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972) dan Arahan Perbendaharaan dan perkara-perkara berkaitan yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah kawalan KKN terdapat dua (2) buah Jabatan, dua (2) buah Badan Berkanun dan sembilan (9) buah Agensi.