Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang: Bahagian Belanjawan

Bahagian Belajawan adalah tunjang utama Kementerian Kewangan. Ia ditubuhkan bersamaan dengan penubuhan Kementerian Kewangan itu sendiri, iaitu pada tahun 1964.
Bahagian Belanjawan dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu:

  • Anggaran dan Kawalan
  • Pembangunan
  • Pemantauan Projek

Setiap unit mempunyai fungsi, bidang dan tanggungjawab tertentu yang menjurus kearah menjayakan pelaksanaan objektif dan fungsi Bahagian Belanjawan pada keseluruhannya.

Bahagian Belanjawan diketuai oleh seorang Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) merangkap Pengarah Belanjawan, bersama seorang Setiausaha Rendah yang dibantu oleh dua Timbalan setiausaha Rendah serta tiga Ketua Penolong Setiausaha bagi setiap unit yang disebut di atas. Bahagian Belanjawan mempunyai sepuluh orang pegawai dan dibantu oleh dua belas anggota untuk menggerakkan jentera pentadbiran dan pengurusan Belanjawan berdasarkan fungsi unit masing-masing.